Penerangan Logo Sekolah
BUKU DAN PENA, LIMA BULATAN, SIMBOL ATOM DAN RODA TENAGA:
Merupakan
ciri-ciri yang digunakan untuk membentuk murid-murid dalam aspek didikan – akademik,sukan serta sains
dan teknologi tanpa mengabaikan unsur-unsur yang dapat membentuk akhlak yang
mulia.
LIMA BILAH
KERIS
Melambangkan taat setia dan keluhuran dalam
mempertahankan Panji-panji Sekolah.
DUA EKOR PELANDUK
yang memegang
anak bulan dan bintang menunjukkan Sekolah
Menengah
Kebangsaan Seri Tanjong dalam Negeri Melaka dan Pesekutuan.
WARNA KUNING
adalah simbol
kecintaan suci murni kepada sekolah.
WARNA HIJAU
adalah warna
rasmi sekolah.
Piagam Pelanggan
Kami warga pendidik sekolah ini dengan penuh kesedaran berikrar dan
berjanji akan melaksanakan dan menjayakan perkara-perkara berikut;
*Sentiasa berusaha
meningkatkan prestasi akademik pelajar.
* Berusaha
memberi pendidikan kepada semua murid tanpa mengira tahap keupayaan mereka.
*Sentiasa
berusaha membentuk generasi yang berpendidikan dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
*Sentiasa
berusaha memperkembangkan potensi semulajadi pelajar dalam bidang kokurikulum.
*Sentiasa
bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan agensi luar ke arah kecemerlangan
sekolah.
* Sentiasa peka dan prihatin dengan permasalahan dan kebajikan warga Seri Tanjong.
HALA TUJU SEKOLAH
Visi Sekolah
SMK Seri Tanjong
Merealisasikan Transformasi Pendidikan Negara
Misi Sekolah
Berusaha dengan penuh tekad dan iltizam dalam membudayakan kecemerlangan
untuk membentuk insan seimbang
Slogan Sekolah
"Usaha Jaya"
Diharapkan warga
Seri akan terus berusaha menuju kecemerlangan untuk berjaya
mencapai visi dan
misi.
Dasar Kualiti Sekolah
Dalam usaha mencapai misi, SMK Seri
Tanjong menetapkan beberapa dasar ke arah pencapaian kualiti;
*Meningkatkan
pencapaian prestasi akademik sekurang-kurangnya 5% setiap tahun.
*Mencapai:
- 20% pelajar mendapat
8A,95% pelajar lulus semua matapelajaran pada peringkat PMR
- 5% pelajar mendapat
semua matapelajaran A,20% layak ke Matrikulasi,80% layak ke tingkatan 6 dan
lulus 100% pada peringkat SPM.
- 1% pelajar mendapat
semua matapelajaran A,60% layak ke IPTA dan 100% mendapat sijil penuh pada
peringkat STPM
*Kurang
dari 0.2% pelajar terlibat dalam masalah disiplin berat.
*Semua panitia dapat membelanjakan
sekurang-kurangnya 95% daripada wang yang diperuntukkan menjelang akhir tahun
dan semua bil dapat dijelaskan dalam masa 14hari.
* Sistem
pengurusan kewangan sekolah pada tahap cemerlangdan tiada audit bersyarat.
persekitaran sekolah kondusif, ceria dan bermaklumat.
PELAN SEKOLAH
No Response to "Maklumat"
Add Your Comment